Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong Pertempuran_Muar

Pada 23 Januari 1942 berlaku Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong yang dilakukan oleh anggota-anggota Division Pengawal Imperial Jepun (Imperial Guards Division) ke atas anggota-anggota Tentera Australia dan Tentera India yang telah cedera dan terpaksa ditinggalkan oleh rakan-rakan mereka apabila pasukan Tentera Berikat terpaksa berundur.

Oleh kerana perasaan marah ke atas kejadian serang hendap di Gemas masih membara, anggota-anggota tentera Jepun mengambil peluang untuk membalas dendam ke atas askar-askar Australia dan India di Parit Sulong. Leftenan Jeneral Takuma Nishimura disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) atas kesalahan yang membawa Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong dan dikenakan hukuman digantung hingga mati pada 11 Jun 1951.